PROMIS Malaysia
KL Sentral
Level 16, Jalan Stesan Sentral 5 KL Sentral
Kuala Lumpar
50470
enquiries@promismalaysia.com

Tentang Kami

PROMIS
PROMIS

Klinik-klinik kami telah membina reputasi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan perubatan dan terapi kami, sekaligus meletakkan kami di kalangan klinik-klinik terkemuka dalam bidang ini. Kami berkebolehan untuk mewujudkan sebuah program pemulihan individu menggunakan input profesional bagi menepati jangkaan tinggi pesakit-pesakit kami. Kumpulan kakitangan profesional kami di PROMIS yang terdiri daripada doktor, jururawat, pakar sakit jiwa, ahli psikologi, kaunselor bagi masalah ketagihan, ahli terapi dan kumpulan sokongan, semua menyumbang kearah persekitaran yang responsif dan suportif, sesuai dengan keperluan rawatan anda.

Persekitaran di dalam klinik pemulihan PROMIS sentiasa dijamin selamat, mesra dan selesa, satu persekitaraan yang terbentuk hasil daripada peranan aktif yang dimainkan oleh keluarga didalam program rawatan ketagihan yang dijalankan.

Ramai dikalangan kakitangan-kakitangan kami telah mengalami masalah-masalah yang serupa dan oleh itu mereka sendiri memiliki kefahaman yang sangat penting bagi memahami apa yang dilalui oleh pesakit semasa proses pemulihan.